Assalamualaikum semua :)
“Betul
ke kau ni ada sinus sebenarnya? Aku tengok kau elok je. Takde pun bersin ke,
mata merah ke, hingus meleleh ke apa. Sihat wal’afiat je. Muka pun cantik je,
takde breakout apa semua.”
Ya.
Nia
seorang pesakit yang menghidapi sinus.
Antara
simptom yang biasanya nia alami ialah bersin dengan kerap di waktu pagi, mata
berair serta bengkak, gatal hidung, gatal tekak, gatal mata, gatal telinga dan
sakit kepala.
Nia
bahagikan keadaan sinus yang nia alami kepada dua keadaan iaitu keadaan extreme
dan juga keadaan normal.
Apabila
penyakit sinus berada dalam keadaan normal, bangun sahaja daripada tidur nia
akan bersin dalam dua tiga kali. Seterusnya akan menyebabkan mata sedikit
gatal. Telinga, hidung dan juga tekak tidak berasa gatal. Sakit kepala juga
tidak ada. Alhamdulillah di kebanyakkan hari sekiranya nia menjaga rutin
pengambilan supplemen dan pantang larang makanan, beginilah keadaan nia.
Sinus
dalam keadaan extreme? Allahu akhbar, seksa!
Bangun
sahaja daripada tidur, nia pasti akan bersin dengan kerap. Malas nak bilang
kekerapan nia bersin, buat menambah sakit kepala sahaja.
Bila
sudah bersin dengan kerap, hingus pasti akan meleleh seterusnya menyebabkan hidung
dan tekak menjadi gatal. Kalau tekak boleh digaru dari dalam, itu adalah satu
nikmat yang nia tidak dapat nak dustakan. Hidung pun kalau boleh ditanggalkan,
sudah pasti nia tanggalkan. Gatalnya, tidak boleh nak diungkap dengan
perkataan.
Ouh
ye, bila nia sudah mula berhingus, hidung nia akan jadi sangat sensitif dengan
bau. Bau yang paling nia tak suka ketika hidung berair adalah bau asap rokok.
Boleh jadi naik darah kalau nia terhidu bau ini. Silap – silap boleh bertumbuk!
Satu
lagi, bila hidung berair juga akan menyebabkan nia mengalami sakit kepala yang
teramat sangat. Jalan penyelesaiannya hanya satu iaitu tidur seketika.
Bersin
dengan kerap juga menyebabkan mata nia jadi berair dan akhirnya mengakibatkan
mata menjadi bengkak serta gatal. Ketika mata tengah gatal, nia kena tahan diri
daripada menggosok mata sebab sekali sudah digosok payah nak berhenti weyh!
Kadang sampai melecet bawah mata, nia gosok dek kerana gatal.
Kau
orang nampak tak perbezaan antara keadaan sinus normal dan keadaan sinus extreme?
Setakat
hari ini, masih belum ada lagi penawar yang boleh sembuhkan penyakit sinus ini.
Nia sekadar mengambil supplemen untuk mengawal keadaan sinus. Antara supplemen
yang nia ambil ialah habbatus sauda, madu kelulut dan TF Advanced Plus.
Bila
ada sinus ni, nia kena pantang dua benda. Satu, habuk. Dua, udang. Dua benda ni
memang cepat sahaja bertindak balas dengan sinus. Sekejapan sahaja mata sudah
merah berair dan hidung rasa gatal – gatal.
Nia
selalu berdoa agar sinus keadaan extreme ini datang ketika nia tengah
bercuti dan bukannya ketika bekerja. Hilang mood nak buat kerja kalau bersin
berpuluh kali sehari tau. Itu belum kira gatal mata, gatal hidung, gatal
telinga dan yang paling teruk adalah sakit kepala berdenyut – denyut!
Ada jugak
orang kata kat nia, ala setakat gatal – gatal hidung je, takdelah bahaya sangat
penyakit ni.
Pernah
dengar orang takde hidung?
Ya,
punca mereka kehilangan hidung adalah disebabkan penyakit sinus / resdung.
Penyakit ini kalau tidak dikawal, boleh rompong hidung jadinya nanti.
Selain
itu, ada juga yang mukanya menjadi teruk disebabkan penyakit sinus ini.
Berjerawat, kering dan sebagainya. Boleh hilang keyakinan diri dibuatnya.
Buat mereka diluar sana yang turut sama menghidapi sinus, nia doakan semoga keadaan kau orang semua bertambah baik hari demi hari dan sama – samalah kita kuat melawan sinus ini. Fighting!
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)