Showing posts with label teacher nia bbm collection. Show all posts
Showing posts with label teacher nia bbm collection. Show all posts

Friday, October 6

BBM: Bahan Simulasi Haji Cilik

Assalamualaikum semua :)

Pada bulan Julai yang lepas, tadika nia ada buat event Simulasi Haji Cilik. Sudah beberapa tahun sebenarnya kami buat Simulasi Haji Cilik ini di tadika dan tidak mengikuti program yang dianjurkan oleh PERTIM setiap tahun.

Pandangan peribadi nia, buat simulasi haji secara sendiri tanpa mengikuti program anjuran PERTIM adalah lebih selesa dan santai. Sebabnya bila ikut simulasi haji anjuran PERTIM tu, pesertanya sangat ramai. Mereka memang nak bagi murid – murid merasai sendiri pengalaman sebenar ketika menunaikan haji di Mekah bagaimana.



Bila pesertanya dah ramai, tentulah akan rasa panas. Kalau cuaca pada hari tersebut panas elok, habis basahlah ketiak memasing. Dengan rasa dahaganya lagi, ditambah pulak perut berkeroncong sebab tak makan sarapan. Lepas tu mulalah rasa pening mabuk nak pengsan sebab perut rasa sebu.

Nak buat aktiviti pun rasa tak selesa sebab pesertanya bertolak – tolak dan memasing nak habis awal. Nak pergi mana entah laju – laju macam tu. Cuba ikut nasihat Faizal Tahir, santai – santailah sayangku, pergi mana laju – laju, ini bukan kereta baru, asalkan aku dengan mu.

Ewaaahhhh ~

HAHA

Tapi itu semua terpulang atas kehendak dan keinginan masing – masing. Kalau tak pernah merasai lagi pengalaman simulasi haji anjuran PERTIM, pergilah sekurang – kurangnya sekali. Timba pengalaman baru.

Nia dah pernah pergi simulaji haji anjuran PERTIM sebanyak dua kali sebelum ini. Kalau kau orang nak baca pengalaman nia, bolehlah klik pada pautan yang nia letak kat bawah ni yee.

[ PENGALAMANMENGIKUTI SIMULASI HAJI CILIK ANJURAN PERTIM ]

Kalau tanya nia antara buat simulasi haji sendiri ataupun ikut anjuran PERTIM, nia akan pilih buat simulasi haji sendiri.

Aktiviti boleh dilakukan secara santai, tak perlu nak berebut – rebut, bertolak – tolak dan bersesak – sesak. Lepas tu, boleh selitkan sekali sesi penerangan ringkas dan sejarah beberapa tempat yang penting. Dan paling utama, boleh pilih tempat yang sejuk untuk buat aktiviti simulasi haji, KEKE

Jadi sekiranya ada cikgu – cikgu yang nak buat aktiviti simulasi haji di tadika, tak perlu risau dengan bahan simulasi haji yang diperlukan oleh murid. Nia dah buatkan untuk cikgu – cikgu semua dan nia terbuka hati untuk kongsikan bahan tersebut di sini.

Nia izinkan cikgu – cikgu semua untuk guna bahan simulasi haji cilik yang telah nia buat untuk tadika nia sebelum ini. Harapnya takdelah orang yang jual bahan ni yee sebab nia bagi secara percuma dengan harapan agar ramai boleh mendapat manfaatnya. Kalau nia dapat tahu ada yang jual bahan simulasi haji ni, lepas ni memang nia tak nak kongsi apa – apa bahan percuma dahlah kat sini. Kecewa bila orang buat macam tu.

EH MERAJUK PULAK PEREMPUAN NI, HAHA

Untuk yang memerlukan bahan simulasi haji cilik, boleh klik link dekat ni okeyy.

[ BAHAN SIMULASI HAJI CILIK PERCUMA ]

Nia doakan agar semua yang membaca perkongsian ini dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dan haji pada satu hari nanti. Amin Ya Allah, Ya Mujib :)

Sumber Gambar: Google.com

Friday, February 9

DIARI GURU: Teacher Nia BBM Collection

[Dah ada baru :) TEKAN SINI]

Assalamualaikum semua :)

Nia nak cakap pendek je.

Disebabkan tahun ni nia jaga kelas pelajar - pelajar empat tahun, jadi nia banyak buat bahan bantu mengajar (BBM) sendiri. Semuanya sebab dia orang masih belum boleh menulis dengan kemas dan memegang pensil dengan betul lagi.

Dah alang - alang buat untuk pelajar - pelajar nia tu, nia bercadang untuk kongsikan semua BBM tu kat sini. Kot - kotlah, ada diantara kau orang pembaca setia blog nia ni merupakan para ibubapa yang nak mengajar anak sendiri kat rumah.

Takpun kau orang jugak guru tadika macam nia yang tengah mencari BBM yang sesuai untuk pelajar - pelajar kau orang semua.

Kau orang boleh tengok BBM tu kat link yang nia dah sediakan kat bawah ni siap - siap. Kalau ada yang kau orang berkenan, bolehlah download file tu terus. Sekiranya kau orang rasa BBM tu bermanfaat, silalah kongsikan dengan orang ramai yee. Biar pahala tu berjalan.

Tapi nia bagitahu siap - siap, BBM yang nia buat tu memang simple habis - habisan. Hitam putih je warnanya. Nak jimat ink punya pasal. HAHA.

Teacher Nia BBM Collection

Nota kaki: kalau kau orang tak nak klik link kat atas ni, tekan je perkataan 'Teacher Nia BBM Collection' yang ada kat sidebar blog nia. Segala BBM yang nia buat ada kat situ.


Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.