Assalamualaikum semua :)
Nia sudahpun habis menonton drama korea yang bertajuk Nightmare
Teacher. Durasi setiap episod untuk drama ini pendek – pendek sahaja iaitu
antara 15 hingga 20 minit.
Drama ini mengisahkan Han Bong Goo yang menjadi guru kelas
sementara bagi Tahun 2 Kelas 3. Sejak kedatangan Han Bong Goo, seorang demi
seorang pelajar Tahun 2 Kelas 3 hilang dan tidak ada sesiapa pun yang
mengingati mereka kerana ingatan tentang pelajar – pelajar yang hilang itu
telah dipadamkan.
Presiden Kelas 3 iaitu Kang Ye Rim dapat merasai ada sesuatu yang
tidak kena di dalam kelasnya kerana meja kosong sering bertambah daripada satu
menjadi dua menjadi tiga dan seterusnya dari sehari ke sehari. Dia bersama Seo
Sang Woo bertindak untuk menyiasat punca di sebalik kehilangan pelajar dalam
kelasnya dan mengapa memori tentang mereka terpadam.
Semasa penyiasatan, Kang Ye Rim perasan satu persamaan antara semua
pelajar yang hilang iaitu mereka semua pernah pergi ke Bilik Kaunseling untuk
menjalani sesi kaunseling yang dilakukan oleh Han Bong Goo.
Jadi, dia dan Seo Sang Woo menyelinap masuk ke dalam bilik
kaunseling untuk menyiasat. Kang Ye Rim terjumpa satu fail dalam laci Han Bong
Goo dan di dalamnya terdapat kontrak – kontrak yang ditanda tangani menggunakan
darah oleh pelajar – pelajar yang hilang dulu. Kang Ye Rim nekad mahu berdepan
dengan Han Bong Goo dan bertanya tentang pelajar – pelajar yang hilang itu
kerana dia mahu menyelamatkan mereka.
Han Bong Goo membenarkan Kang Ye Rim untuk masuk ke dalam cermin
bagi mencari kawan – kawannya yang hilang dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Namun Kang Ye Rim perlu menanda tangani kontrak dengan Han Bong Goo. Sekiranya
Kang Ye Rim gagal untuk mencari mereka, dia perlu tinggal di dalam cermin
bersama kawan – kawannya.
Itulah antara syarat dalam kontrak yang akan Kang Ye Rim tanda
tangani. Kang Ye Rim bersetuju untuk tanda tangani kontrak tersebut bagi
membolehkan dia masuk ke dalam cermin dan mencari kawan – kawannya yang hilang.
Drama ini sarat dengan dilema perasaan pelajar – pelajar sekolah.
Antaranya ialah mahu menjadi yang terkuat di sekolah, keinginan untuk menjadi
cantik dan berpasangan dengan pelajar paling popular di sekolah, mereka cerita
– cerita bohong untuk menarik perhatian kawan – kawan, mahu kembali rapat
dengan kawan – kawan yang lain, boleh melakukan apa sahaja demi mendapatkan
tempat pertama dalam peperiksaan.
Nia rasa drama ini sangat bagus untuk ditonton oleh para remaja
diluar sana kerana terdapat pelbagai pengajaran di dalamnya. Nia secara
peribadinya suka menonton drama ni dan turut menyarankan kepada kau orang semua
untuk menontonnya juga. Jangan risau, drama ini pendek sahaja durasi bagi
setiap episod. Hanya 15 hingga 20 minit sahaja.
Jumlah Episod: 12
Rating:
4.8 / 5Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)