Friday, August 18

DRAMA: When A Snail Falls In Love

Assalamualaikum semua :)

Setelah beberapa bulan menghabiskan drama Taiwan yang bertajuk When A Snail Falls in Love, baru hari ini nia berkesempatan untuk menulis review mengenai drama ni. Durasi bagi setiap episod dalam drama ni adalah antara 30 hingga 35 minit sahaja.

When A Snail Falls in Love memaparkan kisah seorang gadis bernama Xu Xu daripada Institut Psikologi yang diterima masuk ke dalam Unit Jenayah Berat. Kapten Ji Bai tidak setuju dengan tindakan orang atasan membawa Xu Xu masuk ke dalam Unit Jenayah Berat memandangkan Xu Xu tidak dapat melepasi Ujian Kesihatan.

Kapten Ji Bai memberikan Xu Xu masa selama tiga bulan untuk berlatih bagi melepasi Ujian Kesihatan yang bakal dijalankan nanti. Keputusan Ujian Kesihatan tersebut akan menjadi penentu buat Xu Xu samada dia akal kekal dalam Unit Jenayah Berat atau dihantar kembali ke Institut Psikologi.

Dalam masa tiga bulan tersebut, Xu Xu banyak membantu Unit Jenayah Berat dalam menyelesaikan kes – kes mereka dengan menggunakan pengetahuannya dalam bidang psikologi. Sedikit demi sedikit, Ji Bai mula menerima kehadiran Xu Xu dalam Unit Jenayah Berat dan mula mengambil berat tentang Xu Xu.



Ketika mereka sedang menjalankan operasi penangkapan Brother Lu, Zhao Han telah ditembak manakala Yao Meng pula ditikam oleh Brother Lu yang berjaya melarikan diri daripada pihak polis. Xu Xu menyalahkan dirinya di atas kejadian yang menimpa Zhao Han dan Yao Meng membuatkan dia berjanji untuk menangkap Brother Lu sehingga dapat.

Mengetahui tekad Xu Xu untuk menangkap Brother Lu, Ji Bai memberikan dia latihan intensif bagi meningkatkan daya ketahanan fizikal dan juga stamina Xu Xu. Setelah latihan intensifnya tamat, Xu Xu diterima masuk ke dalam pasukan Ji Bai yang ditugaskan untuk menangkap Brother Lu.

Nia suka sangat dengan karakter Xu Xu dalam drama ni. Pertama sebab dia pandai melukis. Setiap kali dia tengah menyelesaikan kes ataupun sudah menyelesaikan kes, pasti dia akan melukis kembali babak – babak yang dia lalui di dalam diari miliknya. Lukisan dia pulak semuanya comel – comel sebab berasaskan haiwan. Xu Xu merupakan siput, Ji Bai pula singa, Zhao Han adalah badak air dan Yao Meng ialah khinzir.

Kedua sebab dia seorang ahli psikologi. Nia tak tahu kenapa tapi nia memang suka betul dengan orang yang ambil jurusan psikologi. Nia terasa macam dia orang sangat genius dan cool sangat – sangat sebab dapat membaca fikiran orang dan mengetahui tindakan yang akan mereka ambil.


Sesiapa yang terasa nak beralih arah daripada drama Korea, bolehlah tengok drama When A Snail Falls in Love ni. Cerita dia tak berat sangat dan terlalu banyak babak romantik. Sesuailah untuk orang yang baru nak beralih arah daripada drama Korea.

Jumlah Episod: 21
Rating: 4.8 / 5

Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. Replies
    1. yup, jalan cerita dia best dan takde banyak scene romantik :D

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.