Assalamualaikum semua :)
Nia baru je selesai menonton filem Thor Ragnarok dengan abah hari sabtu lepas.
Nia menonton filem ni sebagai satu hadiah untuk diri nia yang telah berpenat –
lelah menjayakan Pertemuan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar ataupun Parents Meet
secara ringkasnya, yang diadakan oleh tadika nia pada hari tersebut. Majlis ini
telahpun tamat dengan jayanya tepat pukul 12.30 tengah hari.
Dah kenapa tiba – tiba seketul nia menaip macam tengah menulis
skrip pembaca berita?
HAHA.
Walaupun sepatutnya pelajar yang berasa cuak dan tidak senang duduk
tetapi cikgu pulak yang lebih – lebih sampai sakit perut sewaktu majlis
berjalan. Nasib baiklah sakit perut tu datang sekejap je kalau lama datangnya,
mahu nia berkampung dalam tandas.
Okay, enough rambling on parents meet event today. Let’s talk about
the film that I’d just watch; Thor Ragnarok.
*******
Selepas kematian Odin, anak pertama Odin iaitu Hela yang diturut
digelar sebagai Dewi Kematian telah terlepas daripada penjara dan mahu merampas
kembali Kerajaan Asgard daripada Thor. Hela mengatakan bahawa dia yang
sepatutnya menjadi Ratu Kerajaan Asgard kerana dia yang sering bersama Odin
berlawan dengan musuh di medan perang. Selepas menghancurkan tukul Thor dan
membuang adiknya itu ke galaksi lain, Hela terus menuju ke Asgard untuk menjadi
pemerintah yang baru tetapi rakyat Asgard tidak menerimanya sebagai Ratu
mereka. Lalu, Hela membuat bala tenteranya sendiri iaitu askar – askar yang
dihidupkan semula daripada mati.
*******
Pertama sekali, lagu latar belakang filem Thor ni semuanya sedap –
sedap belaka dan boleh membuatkan kau orang semua terangguk – angguk tanpa
sedar. Macam nialah. Masa Thor tengah berlawan tu tiba – tiba lagu latar
belakang dia keluar, terus nia angguk – anggukkan kepala. Nasib sebelah nia ada
abah seorang je kalau tak mesti orang sebelah gelak tengok nia terangguk –
angguk macam burung belatuk.
Reaksi abah masa nampak nia terangguk – angguk tu? Abah cuma mampu
menjeling sahaja. HAHA.
Nia ada masukkan video kat bawah ni kot - kot ada yang nak dengar jugak lagu latar belakang yang telah berjaya membuatkan nia buat persembahan head bang dalam panggung seorang - seorang. KEKE
Kedua, nia suka dengan hubungan antara Thor dan Loki dalam filem
kali ni sebab dia orang telah tonjolkan satu elemen yang sangat penting iaitu
sejahat mana pun adik – beradik kita akan jadi pada masa akan datang ataupun
telah jadi semasa waktu lampau, keluarga tetap keluarga selamanya. Kasih sayang
untuk mereka sentiasa ada, tidak pernah berkurangan dan langsung takkan pudar.
Macam Thor dan Loki. Walaupun dia orang sering bergaduh dan
bercakaran tetapi kasih sayang antara abang dan adik masih lagi ada untuk satu
sama lain. Tapi yelah, masing – masing rasa canggung nak tunjukkan sayang pada
yang satu lagi sebab biasanya selalu bertengkar je, kan?
Siapa yang belum tengok filem ni lagi, pergi tengok sekarang. Rugi
kalau tak tengok filem ni!
Rating: 4 / 5
Sumber gambar: google.com
Sumber video: youtube.com
loki ni mesti ada muslihat.. hhaha
ReplyDeletememang pun, HAHAHA
Deletedah tengok cerita ini best cuma ada lawak macam tak lawak je.. yang jatuh dari helikopter tu memang lawak habis.. hahha
ReplyDeletenia pun suka tengok scene tu jugak, ketawa mengekek. KEKEKE
Delete