Assalamualaikum semua :)
Hari tu nia ada cerita pasal suntikan typhoid masa kongsikan pasal
laman web Diet Doctor kan? Jadi, kali ni nia akan bagitahu kau orang semua tentang
suntikan typhoid. Sebelum nia berceloteh dengan lebih panjang lebar lagi, cuba
kau orang baca maklumat kat bawah ni dulu. Baca sampai habis yee, jangan nak
mengelat main gelongsor ke bawah je. Ilmu berguna ni!
‘Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai
demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang
dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii
dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut. Penyakit ini
boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan
dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan
seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan
ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Mengikut kajian, risiko kematian
oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.’
Sumber:
http://kursuspengendalianmakanan.com/suntikan-typhoid-untuk-pengendali-makanan/
Suntikan typhoid ni perlu diambil oleh mereka – mereka yang bekerja
dalam bidang pemakanan. Asalkan bidang kerja kau orang ada terlibat dengan
memasak, membancuh air dan seumpama dengannya, jadi kau orang wajib ambil
suntikan ni.
Macam nia jugalah. Walaupun bekerja sebagai guru tadika tapi nia
ada masakkan sarapan pagi dan makanan tengah hari untuk budak – budak. Jadi,
nia pun kena ambil suntikan ni juga. Tapi dulu nia tak tahu pun kena ambil
suntikan typhoid ni. Ingatkan orang yang kerja kat kedai makan dengan restoran
makanan segara macam KFC, McD, PhD je yang kena ambil. Tak tahu pulak cikgu
tadika pun kena jugak.
Rupa – rupanya asalkan kau orang memasak dalam waktu bekerja dan
bagi orang lain makan masakan kau orang tu, kau orang wajib ada suntikan
typhoid ni. Baik tuan pegawai, saya dah faham. HAHA
Kenapa kena ambil suntikan typhoid ni?
Untuk mengelakkan kau orang ataupun sesiapa sahaja yang memakan
masakan kau orang tu daripada terkena virus yang berpunca daripada makanan.
Macam budak – budak kat tadika tu haritulah. Dekat lima enam orang jugaklah
yang muntah – muntah, cirit – birit, sakit perut dan demam panas secara tiba –
tiba. Itu belum campur dengan cikgu sekali. Herrrrr. Bila fikir – fikir balik,
serun jadinya. Tapi virus yang menyerang tadika tu bukannya daripada dalam
tadika. Virus tu datang daripada luar. Tak tahulah siapa pembawanya dan siapa
pula yang menyebarkannya. HEHE
Jadi kalau kau orang semua belum ambil lagi suntikan typhoid,
silalah kunjungi klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah untuk mengambil
suntikan tersebut supaya dapat mencegah virus. Mencegah itukan lebih baik
daripada merawat. Ewaaaah~
Oh ya, nia ambil suntikan typhoid di Klinik Adnin Cawangan Ampang
dengan harga sejumlah RM 60. Ini antara klinik yang menawarkan harga paling
murah untuk suntikan typhoid berdekatan dengan rumah nia.
Kat Klinik Kita Cawangan Pandan Jaya, dia orang cas RM 74. Mahal RM
14 kot daripada Klinik Adnin. Perghhhh! Jadilah pengguna yang bijak berbelanja
yee, pembaca – pembaca yang disayangi sekalian. Muahhh!
Kiriman salam bantal busuk dari Annisa Qanitah, HAHA |
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)