Monday, October 30

SHOP: Plain Chiffon Shawl by Infira Scarf

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada beli shawl daripada kedai atas talian dalam aplikasi Instagram yang bernama Infira Scarf. Sampai tujuh helai sekaligus nia borong daripada dia orang. Punya gelojoh seketul nia bila berbelanja. HAHA.

Jadi, kenapa tiba – tiba nia borong shawl sampai tujuh helai ni?

Ceritanya macam ni, nia sekarang dah minat sangat – sangat pakai shawl. Tiap – tiap hari pakai shawl sekarang. Pergi tadika pakai shawl, pergi jalan – jalan pakai shawl, pergi kedai seberang jalan pakai shawl. Pendek kata, memang dah terjatuh suka dengan shawl sekarang ni.


Kalau dulu masa mula – mula pemakaian shawl ni jadi trend dan ikutan ramai kaum hawa, nia tak suka pakai shawl. Sebabnya nia tak reti nak menggayakan shawl tu macam mana. Puas download video tutorial shawl daripada Youtube, tengok video tutorial dekat Instagram kedai – kedai yang jual tudung ni tapi hampeh. Lilit punya lilit sampai terbelit tekak terus jadi rimas dan putus asa nak memakai shawl.

Haaa, ini memang merupakan satu kelemahan nia yang paling besar. Nia akui benda ni. Bila nia buat satu benda tu dan hasilnya tidak menjadi, nia akan putus asa dan tidak mahu mencuba lagi. This is one very bad habit, everyone. Abah pun selalu tegur tapi dah memang perangai tak senonoh ni sifatnya susah nak dibuang, tu yang melekat sampai ke sekarang tu. HAHA. Alasan.

Jadi kalau dah tak reti menggayakan shawl dan berputus asa daripada mencuba, macam mana boleh jatuh suka dengan shawl ni?

Masa pergi Simulasi Haji Cilik hari tulah. Itulah detik bermulanya kisah hubungan suka gembira ceria sentiasa seketul nia emkay dengan sehelai shawl. HAHA.


Sebab masa pergi Simulasi Haji Cilik tu kena pakai tudung ataupun shawl putih. Jadi nia minta along tolong belikan tudung sebab nia takde kesempatan nak pergi beli. Sekali along belikan shawl untuk nia. Ternganga kejap nia tengok shawl putih suci bersih tu. KE KE KE.

Jadi malam tu, nia pun duduk depan cermin sambil mencuba untuk menggayakan shawl tu. Cuba punya cuba, jadi pulak. Bukan setakat jadi je, terus nampak ayu, suci dan comel berganda – ganda. HAHA.

Sejak daripada tu, terus nia jatuh suka dengan shawl. Jadi, sekarang ni nia tengah mengumpul shawl pulak. Macam – macam jenis material shawl nia ada sekarang ni. Plain ada, printed ada, chiffon ada, bubble ada, chiffon bubble ada, chiffon nasiji pun ada. Banyak ke banyak?

Itulah kisahnya bagaimana nia boleh jatuh suka dengan pemakaian shawl. Kau orang pulak macam mana? Geng bawal ke geng shawl?

Opsss!



Cerita punya cerita, terus terlupa nak bagitahu pasal kedai atas talian Infira Scarf tu. Shawl yang nia beli tu harga dia RM 29 untuk sehelai. Tapi kalau kau orang beli tiga dan ke atas, kau orang boleh dapat potongan harga dan juga hadiah misteri. Material untuk shawl tu adalah plain heavy chiffon. Dan jangan risau, shawl yang dia orang jual tak jarang.

Tunggu apa lagi? Jom singgah ke Infira Scarf sekarang!

Instagram: infira.scarf

2 comments:

  1. Replies
    1. Secomel - comel tudung, comel lagi nia. EH? HAHA.
      Terima kasih singgah sini :)

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.