Monday, October 2

RESEPI: Karipap Sardin Kimchi

Assalamualaikum semua :)

Resepi kali ni juga berkaitan dengan kimchi tapi ini adalah resepi yang terakhir ada kena – mengena dengan kimchi. Buat masa nilah. HAHA

Sebelum ni nia ada kongsikan beberapa resepi yang berkaitan dengan kimchi juga, kalau kau orang terlepas entry tersebut sila tekan link yang telah nia sediakan kat bawah ni.


Bahan – bahan:
500g tepung gandum
1 mangkuk kecil minyak masak (sudah dipanaskan terlebih dahulu)
1 tin besar sardin
½ tin besar air
½ tin besar kimchi (dicincang halus)
Garam secukup rasa


Cara memasak:
  • Gaulkan tepung gandum bersama minyak masak. Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sehingga tepung sudah tidak melekat di tangan. Biarkan selama 5 minit. Tips: sekiranya tepung masih lagi melekat di tangan dan lembik, itu maknanya kau orang letak air terlalu banyak. Tambah tepung gandum lagi sikit untuk selesaikan masalah.
  • Keluarkan sardin daripada tin dan hancurkannya. Gaul ikan sardin bersama dengan kimchi yang sudah dicincang halus tadi. Tips: minyak dalam tin sardin tu jangan guna, buang kesemuanya sekali. Kalau tak, bau hanyir ikan sardin menjadi kuat.
  • Bentukkan doh menjadi bulat sebelum proses menggelek. Tips: sapukan kayu penggelek dengan papan menggelek dengan tepung gandum untuk mengelakkan doh melekat. Letakkan juga tepung gandum di atas dulang yang akan diisi dengan karipap untuk mengelakkan karipap daripada melekat antara satu sama lain.
  • Gelek doh mengikut saiz acuan dan jangan gelek sehingga doh menjadi terlalu nipis (nanti doh koyak apabila inti diisi) ataupun terlalu tebal (nanti isinya takkan/lambat masak apabila digoreng).
  • Masukkan inti karipap ke dalam doh sebelum dikelim tepinya.
  • Goreng karipap yang sudah siap dengan api sederhana dan angkat apabila arna kulit berubah menjadi keperangan.
  • Boleh dihidang bersama kopi panas dan sos cili.

Itu sahaja untuk perkongsian resepi nia kali ni. Bolehlah kau orang cuba buat untuk minum petang hari ni. Kimchi nak beli kat mana? Boleh terjah instagram KimchiByKakLo.

2 comments:

  1. thanks sharing Nia ... mcm sodap jer ni ...
    tapi kat sini kimchi tak da jual pulak :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome mrs pip, memang sedap pun. nia buat sepinggan besar hari tu, kejap je dah habis. haa, kat sini pun susah juga nak cari kimchi sebenarnya.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.