Assalamualaikum semua :)
Sejak nia bagitahu nia bekerja sebagai seorang guru tadika dekat Albaghdadi
Playtime Centre (APC) Taman Cempaka Ampang, ramai yang bertanya kelebihan
menjadi salah seorang tenaga pengajar yang bernaung di bawah syarikat
Albaghdadi Group.
Apa kelebihan menjadi tenaga pengajar di bawah syarikat Albaghdadi
Group ni?
1 – Dapat sijil.
Sekarang ni, semua majikan memandang kepada sijil yang kita miliki.
Sekiranya kita mempunyai banyak sijil kemahiran, lagi cerahlah peluang untuk
kita diterima bekerja dengan syarikat tersebut. Dapat pula jika kita merupakan
seorang graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran.
Memahami dengan kehendak majikan, Albaghdadi Group memberikan sijil
untuk setiap kursus yang mereka adakan kepada para peserta. Macam nia, nia
sudah ada dua sijil yang diberikan oleh Albaghdadi Group iaitu Sijil Tamhid dan
Sijil Hafazan NADI.
Walaupun nampak macam remeh dan tidak berguna tetapi sebenarnya
sijil – sijil yang melibatkan kemahiran ini amat berguna dan sangat membantu
apabila kau orang semua nak memohon jawatan kosong yang berkaitan.
2 – Kursus diberikan secara percuma.
Ya.
Kursus dan latihan akan diberikan secara percuma kepada para
peserta. Jadi untuk mereka yang tidak pernah kenal dengan Teknik Tamhid ataupun
Teknik Hafazan Nadi, jangan risau. Kau orang akan diberikan kursus dan latihan
yang berkenaan untuk memperkenalkan kau orang dengan teknik – teknik tersebut.
Apa maknanya ni?
Sekiranya takde pengalaman sekalipun, kau orang masih berpeluang
untuk memohon jawatan dekat mana – mana cawangan Albaghdadi Group. Haaa, mantap
ke mantap? HAHA.
3 – Boleh gunakan sijil sebagai sokongan apabila memohon pekerjaan.
Bila dah ada Sijil Tamhid dan Sijil Hafazan Nadi tadi, kau orang
boleh gunakan kedua – dua sijil sebagai satu sokongan apabila memohon pekerjaan
di mana – mana cawangan Albaghdadi Group.
Sepertimana yang kau orang sedia maklum, keutamaan dalam memilih
calon temuduga adalah berdasarkan kemahiran yang dimiliki dan juga pengalaman
yang sedia ada. Jadi kalau kau orang dah ada kemahiran, peluang untuk kau orang
terpilih akan meningkat.
4 – Mempunyai cawangan di serata Malaysia.
Albaghdadi Group ni mempunyai banyak cawangan di serata Malaysia.
Jadi kau orang jangan risau kalau terpaksa berpindah ke tempat lain dan
berhenti kerja sebab cawangan Albaghdadi Group ada banyak. Mesti salah satu
tempat yang kau orang mohon jawatan kosong tu akan menerima kau orang.
Itulah antara kelebihan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang
bernaung di bawah Albaghdadi Group. Tunggu apalagi? Jom sertai Albaghdadi Group
sekarang!
Terima kasih kerana sudi bersama Al Baghdadi.
ReplyDelete:)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh saya tahu... Beberapa soalan yang akan ditanya time interview APC tak??
ReplyDeleteSoalan semasa temuduga tu bergantung kepada majikan. Kebiasaannya, mereka akan suruh baca al - fatihah dengan tajwid yang betul dan tuliskan surah al - fatihah. Baca beberapa ayat al - quran yang diberikan oleh majikan secara rawak.
DeleteYang lainnya, soalan asas berkaitan dengan pendidikan awal kanak - kanak.
tulis surah al fatihah tu dlm jawi ke
DeleteSurah alfatihah tu kena tulis dalam bahasa arab siap dengan barisnya sekali. :)
Delete