Assalamualaikum semua :)
Baru – baru ni nia ada beli fruit crepe ataupun crepe buah – buahan
secara atas talian. Sebenarnya nia dok asyik teringin nak makan durian crepe,
jadi nia pun carilah kat instagram kot – kot ada peniaga yang jual durian crepe
berserta dengan perkhidmatan penghantaran sampai ke rumah.
Cari punya cari nia pun terjumpa dengan ig fruitcrepe. Dia orang
ada jual durian crepe dan juga fruit crepe. Antaranya buah – buahan yang dia
orang gunakan untuk buat fruit crepe tu ialah durian, strawberry, blueberry dan
juga manga. Jadi, nia pun terus pesan kat seller tu untuk beli enam bekas fruit
crepe.
Kalau kau orang nak tahu, dia orang jual fruit crepe dengan durian
crepe tu guna dua bekas. Satu bekas ada enam biji dan satu bekas lagi ada lapan
biji. Yang enam biji tu RM 12, yang lapan biji tu pula RM 15.
Antaranya crepe yang ada dijual oleh dia orang ialah durian crepe
gebu, sweet strawberry crepe, creamy blueberry crepe, juicy mango crepe, choco
milo crepe, blacky oreo crepe and nutty nutella.
Kalau sebut durian crepe tu memang dah biasa sangat kita rasa, kan?
Tapi macam mana pulak dengan fruit crepe?
Kalau kau orang belum pernah cuba lagi, bolehlah cuba sekarang.
Rugi kalau tak cuba sekarang! Dahlah sedap menjilat jari, lepas tu kalau beli
satu bekas je tak cukup mesti nak kena beli dua tiga bekas. HAHA
Oh
ya dia orang jugak ada sediakan perkhidmatan penghantaran sampai ke rumah.
Kalau kau orang tinggal berdekatan dengan kawasan ampang, kos penghantaran yang
akan dikenakan ialah RM 7.
Wow warna warni..
ReplyDeletetergoda tak? HAHAHA
Delete