Assalamualaikum semua :)
Sebelum ni nia ada kongsikan beberapa kedai atas talian yang
menjual pelbagai jenis shawl labuh dengan kau orang semua. Kalau kau
orang terlepas entry tu, boleh tekan link yang nia dah sediakan
kat bawah ni. Kali ni, nia akan kongsikan pula Q&A tentang pemilihan shawl
yang selalu ditanya oleh orang ramai.
Q: Berapa ukuran shawl yang labuh?
A: Ada dua ukuran sebenarnya kalau kau orang nak tahu iaitu 2.0 m x
0.8 m (Saiz M/L/XL) dan juga saiz 2.2 m x 1.0 m (XL/XXL)
Q: Material shawl apa yang tak jarang?
A: Antara material yang nia tahu ialah Heavy Plain Chiffon, Chiffon
Nasiji, Bubble, Chiffon Bubble, Chiffon Georgette, Satin, Koshibo.
Q: Apa beza shawl murah dengan yang mahal?
A: Untuk shawl yang mahal ataupun berjenama kebiasannya di shawl
tersebut akan ada tag kain ataupun besi jenama berkenaan. Shawl murah
takde tag. Lepas tu, material shawl yang mereka gunakan selalunya adalah
lebih mahal daripada shawl murah. Jahitan shawl yang berjenama
pula lebih kemas dan material kain tidak jarang berbanding dengan shawl
murah. Shawl murah kalau warna terang, kena pakai inner sebab
kain jarang.
Q: Mana lagi berbaloi bila beli? Shawl mahal ke shawl murah?
A: Dua – dua pun sama je berbaloi.
Q: Kualiti shawl murah dan mahal sama ke?
A: Ada yang sama, ada yang berbeza.
Q: Kat mana nak cari shawl labuh dengan harga berpatutan?
A: Nia dah ada kongsikan dulu dalam entry ‘Mana Nak Cari Shawl Labuh?’
Q: Kenapa ada orang sanggup bayar mahal untuk shawl yang
sama?
A: Untuk kepuasaan hati masing – masing. Lagipun kadang – kadang
walaupun shawl tu sama corak, warna dan sebagainya tetapi material
selalunya berlainan. Kalau yang mahal, biasanya material mereka lagi tahan
lasak dan tak mudah tercarik.
Q: Patut beli shawl mahal ke murah?
A:
Beli ikut kemampuan. Kalau takde bajet untuk beli yang mahal, belilah yang
murah. Janji boleh menutup aurat. Itu yang lebih penting.
tq for sharing
ReplyDeleteSama - sama rabia :)
Delete