Wednesday, November 15

DRAMA: Beautiful Gong Shim

Assalamualaikum semua :)

Kali ni, nia akan kongsikan review mengenai drama korea yang bertajuk ‘Beautiful Gong Shim’ pula dengan kau orang semua. Siapa yang dah tengok drama ni, say ‘YEAH!’.

*******

Beautiful Gong Shim mengisahkan seorang gadis biasa yang mempunyai masalah rambut gugur akibat tekanan hidup yang dihadapinya kerana masih tidak mempunyai kerja tetap. Doktor yang merawat Gong Shim menasihatkan dia supaya tidak terlalu memikirkan tentang rambutnya yang gugur kerana masalah itu akan pulih sekiranya dia memakai krim yang diberikan dan juga mengurangkan tekanan yang dia hadapi sekarang ini.

Gong Shim bertemu dengan Ahn Dan Tae yang merupakan seorang peguam ketika pemuda itu sedang mencari rumah sewa. Walaupun Gong Shim pada mulanya tidak berapa suka dengan karakter Ahn Dan Tae yang suka menyibuk hal dia dan berperangai kebudak – budakkan tetapi lama – kelamaan Gong Shim mula berasa selesa dengan Ahn Dan Tae.

Gong Shim meluahkan perasaannya kepada Ahn Dan Tae tetapi Ahn Dan Tae menolaknya. Gong Shim berasa kecewa dan mula menjauhi Ahn Dan Tae kerana berasa malu mahu bersemuka dengan peguam muda itu lagi.


*******

Nia minat nak tengok drama ni sebab karakter Gong Shim yang tidak mudah mengaku kalah dalam apa jua yang dia lakukan. Walaupun dia selalu diketepikan oleh ibu bapanya kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai keputusan yang bagus seperti kakaknya namun Gong Shim tidak pernah sekali – kali menyerah kalah. Sebaliknya dia sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki keadaan dirinya.

Satu lagi sebab karakter Ahn Dan Tae yang jauh berbeza seperti mana hero dalam korea sebelum – sebelum ini. Ahn Dan Tae seorang yang suka menolong orang susah, pakaian dia sentiasa sempoi dan juga perangai dia yang kebudak – budakkan. Kadang – kadang boleh jadi sakit hati tengok perangai Ahn Dan Tae dalam drama ni. HAHA

Jumlah Episod: 20
Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.