Friday, July 24

CERPEN: Roadblock by Lynn Dayana


Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak berkongsi dengan kau orang semua satu cerpen nukilan penulis kegemaran nia iaitu Lynn Dayana. Cerpen ni merupakan cerpen kesukaan nia, setiap kali baca cerpen ni mesti tersengih seorang - seorang. HAHAHAHAHA

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Aduhai! Habislah. Matilah.
Kereta dipandu ke kiri. Hati dah golek2 seperti mangga yang ranum masak jatuh dari pokok.
Cermin kereta diketuk.

"Cik, mintak lesen dan ic."

Haila. Handsome pulak polis ni.

"Cik, roadtax dah mati ya?"
"Entah."
"Cik, bila ada kereta bukan hanya boleh tahu pandu saja. Hal lain kena tahu juga."
"Hal lain kena tahu?"
"Ya Cik Aishah."
"Jadi, Encik tahu tak hari ni hari yg sangat mencabar untuk saya? Malam tadi balik lewat. Tayar pancit. Udin sakit pulak tu. Malam buta kena hantar klinik. Dah tu pagi ni tak sedar sahur. Sakit tau encik usus saya ni. Sakit."
"Cik, apa kena mengena dongeng cik ni dengan tak ada roadtax dan Insurans?"

Eh polis ni! Mencabar ni!

"Siapa kata saya tak ada dua tu? Saya ada tapi dah mati. Yg hidup saya belum tampal. Ada kat rumah!"
"Cik, sekarang yang ada di atas jalanraya ni, kereta cik atau rumah cik?" soal polis itu lagi.
"Kalau saya punya rumah atas jalanraya ni, itu maknanya saya gila!"
"Saya tak cakap, cik yang cakap!"

Eh eh polis ni. Banyak pulak tenaga dia nak kenakan aku. Hati Aishah semakin mendidih.

"Kenapa cik? Selain usus cik, organ hati sakit jugak ke?"

Eh polis ni. Aishah mencapai cermin mata. Membaca nama lelaki itu. Ikhlas.

"Ikhlas."
"Ya Cik Aishah. Dengan ikhlasnya saya lepaskan awak hari ni. Balik ni terus tampal roadtax tu. Selagi tak ada rumah cik kat atas jalanraya ni, sila ikut seperti apa yg saya arahkan."
"Keikhlasan encik, hampir2 membunuh saya."
"Tak payah nak pick up line. Gerak. Nanti tak sempat nak buka, usus tu sakit. Saya kesian kat usus tu. Bukan kesian kat awak."
"Encik! Itu bukan pick up! Itu sarkastik." Aishah sudah menjerit.
"Nak saman?"

Cermin pun dinaikkan. Kereta dipandu perlahan. Menjeling ke cermin. Amboi, Mohd Ikhlas sedang melambai. Langgar nak?

Dari jauh Ikh menggeleng. Kasihan Udin dapat isteri garang macam tu. Sungguh kasihan.

"Amboi senyum ke telinga. Jumpa jodoh ke?"

Ikh ketawa.

***
"Cepatlah kak. Rugi nanti tak dapat duduk saf depan."
"Amboi. Bersemangat nampak. Ada apa2 ke ni?"
"Saf depan kan banyak pahala." Sofea tersengih2.
"Adik kamu mabuk dengan imam baru. Muda. Terawihnya best. Bacaannya buat telinga cair." Hajah Zareeny memberitahu.
"Kenapa bunyi macam mak pun tergoda sama? Imam baru ke mak? Pak Rahman pergi mana?"
"Anak dia yg duk KL tu balik. Cuti 2 bulan. Anaknya yg polis tu." Hajah Zareeny memberitahu sambil senyum.
"Polis trafik eh?"
"Hisy. Pangkat besar. Muda lagi. Jaga bahagian jenayah."

Aishah anggukkan saja. Malas mahu ambik tahu. Biar Sofea saja yg ambik peluang.

"Kuih tu jangan lupa bawak. Nanti tertinggal, bazir."

***

Usai solat terawih. Aishah melihat sekeliling. Penuh surau. Ajaib. Hujung Ramadhan. Ramai mahu mencari lailatul qadar?

"Sedapnya bacaan dia."
"Sendi2 aku melting."
"Aku rasa nak pinang dia tapi anak perempuan aku dah habis."

Erk! Mencari cinta rupanya. Aishah terus melipat telekung. Beberapa sajadah yg tidak dilipat, dia lipat. Dia susun dan tanpa sedar tinggal dia seorang di situ. Yg lain sudah menjamu selera di luar.

Beg diambil. Keluar dan mencari emak.

"Inilah anak mak cik yg duduk KL."

Mata pun bertentangan.

Bibir lelaki itu merkah dengan senyuman.

"Udin tak datang terawih?"

Dan Sofea mengekeh ketawa.

"Abang Ikh, kucing mana solat."
"Kucing?"
"Aah. Kucing kak Aishah. Kakak saya ni mana ada boyfriend."
"Garang sangat kot?" Usik Ikhlas.

Aishah pun mengangkat muka. "Pernah dengar orang kena cili lepas terawih?"

Ikhlas ketawa.

"Pernah dengar orang kena pinang masa pagi raya yg pertama?"

Bibir Aishah jadi kelu.

"Psttttt, itu bukan sarkastik Tapi pick up line!"

Ikhlas ketawa lagi. Abah, duit yg Ikh suruh abah simpankan dah cukup ke nak pinang anak dara orang?

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Ada yang dah termimpikan abang polis ke? HEHEHEHEHEH




Sumber gambar:google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.