Assalamualaikum
semua :)
Dalam
kumpulan kawan – kawan nia samada semasa di sekolah rendah, sekolah menengah,
kolej mahupun tempat kerja majoritinya sudah berumah tangga. Jadi bila dah
berada dalam kumpulan orang yang sudah berumah tangga ni sedikit sebanyak kena
ambil tahu jugak beberapa masalah yang mereka lalui.
Antaranya
ialah zuriat.
Ada
orang, setahun kahwin sudah dikurniakan zuriat.
Yang
lain, dua tahun menunggu baru ada rezeki.
Selebihnya
pula, bertahun menunggu tetapi tidak ada rezeki.
Satu
hari tu, kawan nia mengadu dia dah kahwin masuk dua tahun tapi masih juga tak
dapat anak. Orang keliling dah sibuk bertanya,
Bila
lagi nak ada anak?
Tak
bosan ke asyik berdua je?
Tak
nak ada anak ke?
Buat
family planning ke?
Kata
dia lagi, paling menyakitkan hati apabila ada orang yang sesuka hati sahaja
melabel diri dia dengan gelaran mandul!
Aduhhhhh,
nia yang mendengar melalui pihak ketiga ni pun sudah retak jiwa terbelah hati
terendam jantung. Inikan pula dia yang terpaksa menadah telinga depan – depan.
Tinggi kesabaran dia.
Dia
tanya nia, apalagi yang dia perlu buat untuk dapatkan anak? Masa kawan nia
tanya tu, nia jawab jujur je dengan dia. Nia ni bujang lagi, takde ilmu sangat
tentang perkara tu. Nia cuba tanyakan perkara ni dekat abah, bila dah dapat
jawapan nanti nia bagitahu dia semula.
Petang
esok harinya tu, nia tanyalah abah. Alhamdulillah, abah ada berkongsi beberapa
tips tentang zuriat ni. Sebabnya abah dan arwah ibu dulupun menunggu selama
tiga tahun sebelum dia orang berdua dikurniakan anak pertama iaitu kakak nia.
1
– Jangan tertekan
Ini
sangat penting kata abah.
Orang
perempuan yang tengah ikhtiar mendapatkan zuriat kena pastikan dia berada dalam
keadaan ceria, tenang dan gembira.
Tak
boleh nak runsing selalu.
Tak
boleh tertekan.
Sekiranya
sedang berada dalam keadaan yang tertekan, seeloknya fikirkan cara untuk keluar
daripada keadaan tersebut.
Macam
arwah ibu dulu, dua tahun pertama perkahwinan ibu masih lagi bekerja dan duduk
dengan arwah nenek serta atuk nia dekat kampung. Bila dah duduk kampung tu,
tahu – tahu ajelah mulut orang kampung. Heboh bercerita si fulanah ni tak
beranak lagi, si fulanah ni bermasalah, dsb.
Jadi
abah suruh ibu berhenti kerja dan ikut abah duduk dekat KL. Alhamdulillah,
setahun kemudian lahirlah seketul FA.
Jadi
pertama sekali, jangan berada dalam keadaan tertekan. Okey?
2
– Jumpa doktor
Sebaiknya
sebelum kau orang memulakan ikhtiar mendapatkan zuriat, kau orang pergi berjumpa
dengan doktor terlebih dahulu.
Tujuannya
supaya kau orang boleh periksa kesuburan sendiri dan juga pasangan masing –
masing. Sekiranya dua – dua takde masalah kesuburan, bolehlah kau orang
teruskan ikhtiar mendapatkan zuriat.
Sekiranya
salah seorang atau dua – dua mempunyai masalah, bincanglah dengan doktor
tentang penyelesaian dan alternatif yang boleh kau orang ambil.
3
– Jangan terlalu meminta
Tolong
fahamkan ayat ni.
Anak
merupakan anugerah yang diberi oleh Allah. Jadi terpulang kepada Allah swt
samada nak beri kepada kau orang anugerah tersebut ataupun tidak.
Janganlah
terlalu meminta dengan Allah swt berkenaan dengan anak ni. Seolah – olah kau
orang lebih tahu sesuatu perkara berbanding Allah swt. Allah itukan Maha
Mengetahui.
Dia
lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk kau orang dapat anak.
Dia
lebih tahu sekiranya kau orang layak menjadi ibubapa.
Dia
lebih tahu tentang segalanya.
Jadi,
ingat.
Jangan
terlalu meminta.
Satu
lagi, kalau kau orang terlalu meminta, kau orang akan berasa tertekan apabila
permintaan itu tidak dipenuhi.
Ingat
lagi tak tips pertama tadi? Jangan tertekan.
4
– Banyakkan sedekah
Disamping
kau orang mencari dan mencuba pelbagai ikhtiar lain bagi mendapatkan zuriat,
jangan lupa untuk banyakkan sedekah. Semasa kau orang bersedekah tu, jangan
lupa untuk berdoa kepada Allah supaya Dia permudahkan segala urusan kau orang
untuk mendapatkan zuriat.
Bersedekah
tak semestinya dengan duit semata – mata.
Makanan,
boleh
Minuman,
boleh.
Minyak
petrol, boleh.
Bayarkan
parking, boleh.
Belikan
pakaian, boleh.
Sedekahkan
pakaian lama yang masih elok, boleh.
Mulakan
dengan kuantiti yang sedikit tapi istiqamah. Berterusan. InsyaAllah, lagi
banyak kau orang bersedekah, lagi lapang rezeki kau orang semua, lagi banyak
urusan kau orang akan dipermudahkan.
Nia
dah pernah bercerita pasal sedekah dulu. Kalau kau orang terlepas entry
tersebut, kau orang boleh tekan je link yang nia sediakan kat bawah ni
untuk baca nanti.
Buat
yang masih mencari ikhtiar bagi mendapatkan zuriat, nia doakan agar urusan kau
orang dipermudahkan. Amin.
Sumber
gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)