Friday, January 15

MOVIE: Castle in the Sky

Assalamualaikum semua :)

Dah mendongak untuk merenung langit yang tengah membiru pada hari ini ke belum?

Kalau belum, cuba berdiri tepi tingkap dan tengok langit sekejap. Sambil tu, zikir sekali untuk memuji keagungan Allah.

Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illa allah, Allahu Akhbar.

Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illa allah, Allahu Akhbar.

Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illa allah, Allahu Akhbar.

Mahu tahu, kot esok dah takde peluang untuk menikmati pemandangan yang sama lagi.

We never know what will happen afterwards, so be grateful of what we had now :)

*                                   *                                   *                                   *                                   *


Ketika sedang bekerja pada suatu malam, Pazu ternampak satu objek jatuh daripada langit. Apabila dia mendekati objek tersebut, rupa – rupanya objek itu adalah seorang gadis. Pazu menyelamatkan gadis tersebut dan membawa gadis itu pulang ke rumahnya.

Gadis itu memberitahu Pazu namanya ialah Sheeta. Walaupun dia tidak memberitahu Pazu sebab dia jatuh daripada langit, Pazu tetap melayani Sheeta dengan baik. Apabila Sheeta akhirnya berterus – terang dengan Pazu tentang identiti dirinya, dia diculik oleh mereka yang inginkan kuasa miliknya.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Filem ni merupakan salah satu filem keluaran studio ghibli. Sebelum ni nia dah pernah tulis review tentang filem studio ghibli yang lain. Kalau kau orang terlepas entry tersebut, tak payah risau. Tekan sahaja link yang nia sediakan dekat bawah ni, okey?

>> The Borrower Arriety <<

This film might be a bit boring compared to the one I’ve reviewed before but it’s still interesting enough.

Yang paling nia suka dengan filem – filem studio ghibli adalah elemen subtle romance yang selalu diterapkan dalam cerita dia. Tak perlu ada adegan peluk cium pun kita dapat tahu perasaan suka masing – masing ada dalam jiwa.

Dan juga pengajaran setiap filem sangat menusuk jiwa.

Ghibli Studio’s film never failed to touch my heart :’)

Tahun: 1986

Rating: 3 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.