Assalamualaikum
semua :)
Kali
ni nia nak buat review movie pulak, tajuknya The Borrower Arriety.
* * * * *
Arriety
merupakan seorang gadis daripada spesis manusia kerdil. Dia dan keluarganya
menjalani kehidupan seharian dengan meminjam beberapa barangan daripada manusia
biasa tanpa pengetahuan mereka.
Arriety
sekeluarga juga terpaksa hidup secara bersembunyi kerana identiti mereka
sebagai manusia kerdil perlu dirahsiakan daripada pengetahuan dunia luar.
Sekiranya identiti mereka terbongkar, sudah tentu dunia akan menjadi heboh.
Ketika
Arriety mengikut ayahnya untuk melakukan aktivti meminjam barang buat pertama
kalinya, identitinya diketahui oleh Sho. Apabila Arriety memberitahu ayahnya
tentang perkara ini, ayahnya mengambil keputusan untuk berpindah daripada rumah
tersebut dan memulakan kehidupan di tempat baru.
* * * * *
Mungkin
ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi nia bagitahu siap
– siap, The Borrower Arriety ni merupakan satu movie keluaran Studio Ghibli. Yes,
it’s an animation.
Dalam
movie ni, Sho dan keluarganya semua percaya dengan kewujudan manusia
kerdil. Datuk Sho punya sayang dengan manusia kerdil sampaikan sanggup bina
rumah mainan untuk mereka. Tapi mereka tak guna pun sebab takut identiti mereka
terbongkar.
Salah
satu pengajaran yang sangat terkesan di hati nia ialah ada orang boleh
menikmati hidup masing – masing penuh dengan kemewahan tetapi kasih sayang
antara keluarga tiada.
Yang
lainnya pula terpaksa bersusah payah untuk meneruskan kehidupan tetapi kasih
sayang antara keluarga sangat utuh. I’m sure everyone can relate with this,
right?
Movie keluaran Studio Ghibli tak pernah menghampakan nia. Kalau
kau orang tak pernah tengok lagi mana – mana movie keluaran Studio
Ghibli, cubalah tengok The Borrower Arriety ni.
Tahun:
2010
Rating:
5 / 5
Sumber gambar: google.com
Macam bestt je! Kena tengok ni sebab dah lama betul tak tengok animation hihi
ReplyDeleteCubalah tengok! Lain orang lain citarasa :)
DeleteNice blogg you have
ReplyDelete