Assalamualaikum semua :)
Biasanya
nia tulis review tentang filem, drama ataupun animasi kan? Hari ni nia
akan tulis review mengenai novel yang ditulis oleh Lynn Dayana.
Lynn
Dayana ni merupakan salah seorang penulis kegemaran nia. Hampir kesemua karya –
karya dia, telahpun nia khatamkan. Punca nia tertarik dengan gaya penulisan
Lynn Dayana kerana karyanya berjaya membuatkan nia berada dalam mod menangis
– ketawa – kecewa – meleleh – bahagia.
Dalam
satu – satu karya Lynn Dayana, wajib ada tiga rasa; kelakar, suka dan lara.
Satu sahaja pesanan nia, nak baca karya Lynn Dayana sila sediakan tisu ataupun
tuala muka. Senang nak hembus hingus.
Lelaki
Exit 217 ini merupakan novel genre thriller romantic. Mengisahkan Riya
yang sering mencari Ferhad selepas lelaki itu mencuri hatinya. Dalam perjalanan
mencari Ferhad yang hilang, Riya dipertemukan dengan Syafiq. Nak tahu lebih
lanjut, sila beli novel ini. BAHAHAHA
Ini
novel melayu pertama yang berjaya buat nia hilang semangat ketika membacanya.
Pantang ada orang panggil nia, mesti nia menjerit terkejut. Sampai abah sendiri
pun naik hairan, siap tanya buku apa yang nia baca.
Semasa
nia mulakan pembacaan, nia ingat nak berhenti apabila sampai bab ketiga. Tapi
penulis langsung tak bagi peluang dekat nia. Dia garap cerita dengan baik dan
tersusun sehingga memaksa nia menghabiskan bacaan dalam masa dua jam.
Addictive.
Itulah
perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan karya Lynn Dayana yang
bertajuk Lelaki Exit 217 ini. Dah baca satu helai, nak baca lagi.
Eh
apa jadi? Selak lagi.
Kenapa
macam ni? Selak sebelah.
Riya
gila?! Selak lagi.
Tahu
– tahu, dah jumpa perkataan tamat.
Kalau nak tahu nia cakap betul ataupun bohong, sila buat pembelian segera dengan Lynn Dayana. Butiran Facebook ada dibawah, nia sertakan siap – siap.
Facebook Lynn Dayana: [TEKAN SINI TAU]
Facecbook PorengKertas Publications: [ADA DEKAT SINI]
Rating:
5 / 5
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)