Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Friday, June 25

EBOOK: 27 A, Kita Bertemu by Dhiya Zafira

Assalamualaikum semua :)

Semenjak berada dalam fasa PKP – PKPB – PKPP – PKPKPKP – PKPB – PKP, nia kembali semula dengan hobi lama iaitu membaca buku. I make it a habit nowadays to read every night before I go to sleep.

Cerita ini mengenai Naja, seorang isteri yang dimadukan kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada sang suami.

Ini merupakan karya penulisan Dhiya Zafira yang pertama sekali nia baca and I’m hooked! Sepanjang pembacaan, airmata langsung tak boleh nak berhenti mengalir.

Menangis kerana Naja.

Menangis kerana Faisal.

Menangis kerana Wida.

Menangis kerana Puan Zaleha.

Menangis kerana Suria.

Menangis kerana Rees.

Aduhai, bengkak mata nia membaca karya kali ini.

Karya ini – tempting.

Godaan dia punya kuat sampaikan tak boleh nak berhenti membaca. Selagi mata tak nampak perkataan tamat, selagi itulah dia goda suruh baca sampai ke penghujungnya. Macam ada suara berbisik kat telinga, tak nak tahu ke kisah Naja berakhir macam mana?

Berhantu! HAHAHAHAH



Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, May 28

PROJEK: Langsir Almari Buku

Assalamualaikum semua :)

Sebagai seorang ulat buku, hobi nia adalah mengumpul pelbagai jenis buku. Tak kiralah daripada kategori yang mana satu. Novel, cerpen, bukan fiksyen, fiksyen, buku mewarna, buku nota, komik, dsb. Semuanya nia akan kumpul untuk dijadikan koleksi. Prinsip nia ketika mengumpul buku hanyalah satu; beli dahulu kemudian baru digunakan. HAHAHAHAH

Kadang - kadang buku yang dah beli bertahun lamanya, hanya terletak cantik dekat almari buku. Langsung tak berusik. Langsung tak dibaca. Kadang tu, masih berbalut kemas lagi. Tapi satu masalah pulak timbul apabila nia terlalu seronok sangat mengumpul buku untuk dijadikan koleksi - ALMARI BUKU DAH PENUH. Gaaaaaaah! Mana nak letak buku nia yang bertimbun - timbun ni?!

Jadinya nia ajak abah pergi ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli almari buku. Cari punya cari, nia jumpa dengan almari yang berkenan di hati. Beli dan terus pasang dekat rumah dengan bantuan abah.

Bila dah siap dipasang, abah pun bagi cadangan suruh buat langsir untuk almari buku tu supaya habuk tak terlalu banyak. Bila dengar perkataan langsir tu, terus rasa malas datang dalam hati. Nia kalau disuruh menjahit ni sangat berchenta betul jadinya. Orang lain ambil masa seminggu, nia ambil masa setahun. Punya malasnya nak menjahit.

Tapi dalam malas - malas tu, nia gagahkan juga menjahit langsir almari buku sebab abah hari - hari dok meratib dekat telinga nia tanya dah siap ke belum langsirnya, dah siap ke belum?

Kat bawah ni, nia ada sertakan sekali gambar sebelum dan selepas dipasangkan langsir.


Excuse me for the mess you see here :)

Macam - macam barang diletaknya dekat almari buku tu, ingatkan buku semata je, KAH!


Lawa tak? KEKEKEKEKE

Senget benget pun nia tetap dengan bangganya mengaku, langsir ini adalah hasil kerja tangan saya!

Bahan yang nia gunakan hanyalah kain perca dan juga manik. Barang - barang tu memang dah ada lama dalam simpanan nia. Daripada dibiarkan menjadi makanan lipas, baiklah nia gunakan untuk sesuatu yang berguna.


Mulanya ingat nak tambah sekali perkataan macam dalam gambar tu dekat langsir dengan menggunakan kain felt. Tapi tak rajin pulak nak menggunting huruf. Sudahnya nia biarkan kosong begitu sahaja :D

Friday, April 16

BUKU: Lelaki Exit 217 by Lynn Dayana

Assalamualaikum semua :)

Biasanya nia tulis review tentang filem, drama ataupun animasi kan? Hari ni nia akan tulis review mengenai novel yang ditulis oleh Lynn Dayana.

Lynn Dayana ni merupakan salah seorang penulis kegemaran nia. Hampir kesemua karya – karya dia, telahpun nia khatamkan. Punca nia tertarik dengan gaya penulisan Lynn Dayana kerana karyanya berjaya membuatkan nia berada dalam mod menangis – ketawa – kecewa – meleleh – bahagia.

Dalam satu – satu karya Lynn Dayana, wajib ada tiga rasa; kelakar, suka dan lara. Satu sahaja pesanan nia, nak baca karya Lynn Dayana sila sediakan tisu ataupun tuala muka. Senang nak hembus hingus.

Lelaki Exit 217 ini merupakan novel genre thriller romantic. Mengisahkan Riya yang sering mencari Ferhad selepas lelaki itu mencuri hatinya. Dalam perjalanan mencari Ferhad yang hilang, Riya dipertemukan dengan Syafiq. Nak tahu lebih lanjut, sila beli novel ini. BAHAHAHA

Ini novel melayu pertama yang berjaya buat nia hilang semangat ketika membacanya. Pantang ada orang panggil nia, mesti nia menjerit terkejut. Sampai abah sendiri pun naik hairan, siap tanya buku apa yang nia baca.

Semasa nia mulakan pembacaan, nia ingat nak berhenti apabila sampai bab ketiga. Tapi penulis langsung tak bagi peluang dekat nia. Dia garap cerita dengan baik dan tersusun sehingga memaksa nia menghabiskan bacaan dalam masa dua jam.

Addictive.

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan karya Lynn Dayana yang bertajuk Lelaki Exit 217 ini. Dah baca satu helai, nak baca lagi.

Eh apa jadi? Selak lagi.

Kenapa macam ni? Selak sebelah.

Riya gila?! Selak lagi.

Tahu – tahu, dah jumpa perkataan tamat.

Kalau nak tahu nia cakap betul ataupun bohong, sila buat pembelian segera dengan Lynn Dayana. Butiran Facebook ada dibawah, nia sertakan siap – siap.


Facebook Lynn Dayana: [TEKAN SINI TAU]

Facecbook PorengKertas Publications: [ADA DEKAT SINI]

Rating: 5 / 5

Sumber: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.