Assalamualaikum semua :)
Untuk
bahagian kali ni, nia akan ceritakan kepada kau orang punca sebenar arwah ibu
sakit dan terpaksa ditahan wad.
Sakit
ibu berpunca dengan luka di kaki.
Kita
orang ingatkan luka tu biasa – biasa sahaja, jadi kita orang pun basuhlah luka
tu macam biasa dan letakkan minyak gamat dengan harapan luka tersebut akan
sembuh setelah beberapa hari.
Tetapi
setelah masuk satu minggu, luka dekat kaki ibu tu tak juga sembuh
Kita
orang tunggu seminggu sebab ibu ada penyakit kencing manis, jadi biasanya kalau
ada luka memang ambil masa untuk sembuh.
Jadi
abah pun bawak ibu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bila
doktor tengok luka di kaki ibu, doktor berikan krim luka untuk disapukan pada
sekitar luka tersebut.
Balik
sahaja daripada klinik, abah pun bersihkan luka kat kaki ibu kemudian abah
sapukan pula krim tersebut di sekitar luka.
Selepas
satu minggu, luka di kaki tu mula timbul putih – putih. Kita orang ingatkan
nanah tapi bila dikorek dan dicium benda putih itu, takde pulak bau nanah.
Yes, kita orang korek benda tu dan cium sebab nak pastikan
benda tu nanah ke bukan. Nak ikutkan ibu tak bagi kita orang buat macam tu
sebab takut kita orang rasa geli. Tapi kita orang cakap dengan ibu takpe, kita
orang tak geli.
Tapi
ibu rasa tak selesa bila tengok benda putih tu semakin banyak dan menjadi besar
dekat kaki. Jadi ibu pun ajak abah untuk pergi ke hospital. Lagipun masa ni
dekat kawasan luka tu dah mula sakit berdenyut – denyut.
Jadi
abah pun bawaklah ibu pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan susulan.
Bila
sampai kat hospital, abah ambilkan nombor. Kemudian bila nombor giliran
dipanggil, abah dan ibu terus masuk ke dalam bilik doktor untuk dapatkan
konsultasi. Bila doktor tanya kenapa, abah pun ceritalah segalanya dari A
sampai Z.
Doktor
tu periksa luka kat kaki ibu. Kemudian dia tanya nama krim yang ibu pakai tapi
abah dengan ibu tak ingat nama. Doktor tu tanya warna bekas krim, abah pun
bagitahu warnanya.
Lepas
tu doktor cakap, “patutnya untuk luka macam ni tak boleh pakai krim tu,
nanti luka akan jadi lebih teruk.”
Terpempan
abah dengan ibu dalam bilik doktor tu.
Abah
tengok ibu.
Ibu
tengok abah.
Dua
– dua takde ilmu dalam bidang medik, jadi manalah dia orang tahu krim tu sesuai
untuk dipakai ataupun tidak. Dia orang hanya turutkan kata doktor sahaja. Lama
kemudian baru abah bersuara tanya doktor macam mana nak rawat luka ibu
sekarang.
Doktor
tu cadangkan pada abah supaya ibu dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan
selanjutnya sebab dia orang nak kaji dulu benda putih yang ada kat kaki ibu tu
apa. Kemudian baru dia orang boleh rangka rawatan apa yang sesuai untuk ibu
dapatkan.
* * * * *
Sampai
sini dulu ye untuk bahagian kali ni :)
Nia
nak minta kau orang semua yang beragama Islam untuk sedekahkan bacaan alfatihah
bagi arwah ibu nia, Saniah bt Sani.
Semoga arwah ibu ditempatkan dalam golongan orang – orang yang beriman, amin.
Terlepas bahagian yang lepas? ADA DEKAT SINI
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)