Wednesday, October 25

DRAMA: Cinderella and Four Knights

Assalamualaikum semua :)

Nia baru sahaja habis menonton drama korea yang bertajuk ‘Cinderella and Four Knights’ dan nia telah jatuh hati dengan seorang lagi pelakon lelaki dalam drama ni. Nak tahu siapa? Kenalah baca entry ni sampai habis dulu. HAHA.

*******



Eun Ha Won merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang perlu melakukan pelbagai pekerjaan separuh masa untuk menampung kos sara hidup. Dia terpaksa berkerja sambil belajar kerana ibu tirinya tidak mahu memberikan belanja dan enggan mengeluarkan duit untuk membiayai pelajaran Eun Ha Won.

Apabila dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya, Eun Ha Won menerima tawaran Chairman Kang yang mempelawa dia untuk duduk di Sky House dengan syarat. Syaratnya, Eun Ha Won mesti ubahkan perangai ketiga – tiga cucu Chairman Kang iaitu Kang Hyun Min, Kang Ji Woon dan Kang Seo Woo ataupun mereka bertiga lebih dikenali sebagai Kang Cousins.



Dan Eun Ha Won juga dilarang menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang Kang Cousins. Sekiranya dia didapati menjalinkan hubungan cinta dengan mereka bertiga, Eun Ha Won akan dihalau keluar daripada Sky House dengan serta – merta.

*******

Drama ni merupakan sebuah drama tipikal korea dimana seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak mewah dan selalu dibuli oleh adik – beradik ataupun ibu bapa tirinya bertemu dengan seorang pemuda daripada keluarga berada yang mempunyai perangai nakal dan jahat.



Mula – mula tu bukan main benci lagi antara satu sama lain. Sampaikan nak tengok muka masing – masing pun tak lalu. Pantang berselisih bahu, mesti nak berperang mulut. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka.

Tapi bila mereka berdua dah mula kenal hati budi masing – masing, terus jatuh cinta. Malangnya, ada pula ahli keluarga belah lelaki yang tidak merestui hubungan dia orang kerana darjat mereka yang berbeza.

Yes, this drama is very typical. I assure you of that.

Tapi, apa yang bezanya dengan drama ni?

Takde second lead syndrome.

Walaupun pada mula – mula tu Eun Ha Won menjadi tunang Kang Hyun Min secara tipu tetapi sebenarnya Kang Hyun Min buat macam tu sebab nak sakitkan hati bekas teman wanita dia je. Di akhir cerita, Eun Ha Won bersama dengan orang lain dan Kang Hyun Min pula bersama dengan bekas teman wanita dia.



Oh ya, Cinderella yang dimaksudkan sudah tentunya Eun Ha Won. Manakala Four Knights pula adalah Kang Hyun Min, Kang Ji Woon, Kang Seo Woo dan pembantu peribadi Chairman Kang.

Inilah orangnya yang telah berjaya mencuri hati nia dalam drama Cinderella and Four Knights ni. Kacak ke tampan? HAHA



Rating: 3 / 5
Jumlah episod: 16
Sumber gambar: google.com

4 comments:

  1. geram betul dengan cerita ni haha ingatkan last last dengan orang lain, padahal dengan orang lain tapi sha layan juga ke 16 16 episod haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Nia pun sama jugak. Walaupun geram tetapi nia layan jugak drama ni sampai habis, KEKE

      Delete
  2. Dekat mana nak tngok drama ni eh dkt internet . Tv lambat sngt la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nia tahu >> kissasian, dramacool, dramanice

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.