Wednesday, December 6

DRAMA: Empress Ki

Assalamualaikum semua :)

Nia baru je selesai marathon drama ‘Empress Ki’. Fuhhh, seminggu lebih baru nia dapat habiskan drama yang mempunyai sebanyak 51 episod ini. Dalam pada sibuk dengan persiapan kemasukan  pelajar – pelajar baru dan menghiaskan kelas, sempat juga nia ambil masa untuk menonton drama korea yang bergenre sejarah ini.

*******


Ki Sung Nyang / Ki Nyang merupakan seorang gadis dari Koryo yang dipaksa menjadi hamba kepada para bangsawan dari negara Yuan. Semasa berada di Yuan, dia telah berjumpa semula dengan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil. Tetapi Ki Nyang tidak boleh memberitahu ayahnya identiti dirinya yang sebenar kerana dia menyamar sebagai seorang lelaki selama ini untuk meneruskan kehidupan.

Satu hari, ayahnya terbunuh depan mata Ki Nyang sendiri dan Ki Nyang bertekad untuk membalas dendam dengan membunuh maharaja Yuan kerana telah mengakibatkan kematian ayahnya. Ki Nyang masuk ke dalam istana sebagai pelayan istana dan mula mengatur rancangan untuk membunuh maharaja tersebut.

Dalam masa yang sama, Ki Nyang telah mula jatuh hati kepada maharaja Yuan yang sedari dulu asyik meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Ki Nyang secara terang – terangan. Ki Nyang berbelah bahagi samada mahu bersama dengan maharaja Yuan tersebut ataupun meneruskan cita – citanya.

*******


Drama ni merupakan antara drama kegemaran nia sepanjang masa. Dok ulang tengok tujuh puluh sembilan kali pun masih rasa sedih dengan kehilangan anak Ki Nyang, geram dengan Tanasiri yang suka cemburu buta, rasa nak gigit maharaja Yuan yang takut tak bertempat, macam nak tampar muka Wang Yu sebab suka kacau hubungan Ki Nyang dengan maharaja Yuan.

Untuk sesiapa yang nak tengok drama korea bergenre sejarah, nia cadangkan kau orang tengok drama ni. Walaupun episod drama ni banyak dan durasinya panjang tetapi jalan ceritanya tersusun dan sangat menarik hati penonton. Segala – galanya cukup dalam drama ni. Romantik tak ingat dunia ada, geram sampai naik darah tinggi ada, saspens sehingga jantung berdegup laju ada, sedih meleleh hingus pun ada. Pendek kata, segalanya ada dalam drama ni.

Jumlah episod: 51

Rating: 5 / 5

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.