Friday, September 11

TADIKA: Persediaan Lawatan Sekolah

Assalamualaikum semua :)

Tahun ni ada ke yang berkesempatan untuk melakukan aktiviti study visit ataupun lawatan sambil belajar dengan pelajar masing – masing?

Tadika nia tahun ni tak berkesempatan untuk melakukan aktiviti lawatan sambil belajar kerana penularan virus covid19 yang sangat membimbangkan seluruh dunia saat ini. Nia cuma mampu tengok gambar dan baca balik coretan lawatan sambil belajar yang nia pernah tulis dalam blog ni dulu sahaja.

Rindu pulak nak pergi lawatan sambil belajar dengan pelajar – pelajar nia. Hmmmmm

Oh ya, kalau ada yang terlepas baca entry lawatan sambil belajar yang pernah nia tuliskan dahulu kau orang tak perlu risau. Tekan sahaja link yang telah nia sediakan dekat bawah ni yee.



Disebabkan tahun ni nia tak dapat nak tulis tentang lawatan sambil belajar bersama dengan pelajar – pelajar, jadi nia akan gantikan dengan entry mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sebelum lawatan sambil belajar diadakan.

Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sebelum mengadakan lawatan sambil belajar?

1 – Makanan

Sediakan paling kurang dua set makanan untuk para pelajar.

Satu, sarapan pagi.

Untuk sarapan pagi ni, nia cadangkan kau orang sediakan makanan ringan seperti roti krim, roti sosej, roti pizza, roti telur, cornflakes, koko krunch ataupun biskut. Budak – budak ni bukannya nak makan sangat pagi tu sebab dia orang semua dah teruja nak pergi jalan – jalan.

Jadi sediakan sarapan pagi yang ringan untuk budak – budak alas perut sebelum dia orang memulakan perjalanan. Ini untuk mengelakkan perut masing – masing masuk angin.

Dua, makan tengah hari.

Untuk makanan tengah hari, kau orang boleh sediakan makanan berat untuk mereka sebab dia orang dah penat berjalan ke sana ke mari jadi dah tentunya perut dia orang dah mula terasa lapar.

Antara cadangan menu makanan tengah hari ialah nasi ayam, nasi lauk kicap, nasi dengan ayam goreng, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, dsb.

Dan kalau boleh, bungkuskan makanan dalam portion untuk kanak – kanak terus. Takdelah membazir sebab budak – budak bukannya makan banyak pun.

2 – Minuman

Cadangan nia, sediakan air mineral botol kecil sahaja.

Tak payah susah payah nak beli air kotak pelbagai perisa untuk bagi kat budak – budak. Manis satu hal, tak menghilangkan haus pun satu hal.

Lagipun kalau ada budak – budak yang tak boleh kawal diri sebab terlalu banyak makan atau minum gula, lagi payah untuk cikgu kawal keadaan. Jadi untuk lebih selamat, sediakan air mineral sahaja untuk mereka semua.

Dan minta tolong sangat – sangat, jangan bagi susu pada budak – budak. Takut dia orang muntah dalam perjalanan nanti.

3 – Pakaian

Suruh budak pakai pakaian sukan.

Kebiasaannya pakaian sukan sekolah adalah daripada material cotton, betul? Jadi sangat sesuai untuk dipakai oleh pelajar ketika sesi lawatan sambil belajar sebab materialnya yang menyerap peluh.

Tak adalah nanti di tengah perjalanan lawatan tu, budak – budak mengadu badan terasa gatal dan tidak selesa. Kang budak – budak tergaru sana sini, kita sebagai cikgu ni jugak yang berasa kesian.

So instead of school uniform, opt for physical attire uniform.

4 – Selipar

Yes, tell your students to wear sandals and not shoes.

Tak semua budak boleh pakai kasut dengan betul walaupun sudah berbulan – bulan cikgu serta ibubapa latih cara pemakaian kasut yang betul di sekolah juga di rumah. Dan tak semua budak juga boleh pakai kasut dengan cepat.

Kadang tu, lagi kita nak cepat bergerak ke tempat lain lagi macam – macam masalah timbul masa nak pakai kasut tu.

Tak boleh nak sarunglah.

Kaki tak muatlah.

Stokin terlucutlah.

Tali kasut terbukalah.

Jadi tolong nasihatkan dia orang untuk pakai selipar bagi memudahkan aktiviti sepanjang perjalanan.

5 – Pampers

Ini khas untuk pelajar yang masih belum sempurna potty training. Yang ada masa najisnya tercicir sana sini kat sekolah, adalah lebih baik cikgu suruh ibubapa pakaikan pampers siap – siap dari rumah.

Sebab cikgu takkan ada masa untuk sentiasa membawa pelajar pergi ke tandas setiap masa. Kebiasaannya dia orang akan bawa pelajar pergi ke tandas sewaktu rehat makan tengah hari sahaja. Semasa berada di satu – satu tempat ketika lawatan, masa untuk ke tandas tu hampir tiada sebab banyak aktiviti yang perlu dilakukan di tempat lawatan.

Jadi ingat ye, kalau ada pelajar yang perlu pakai pampers sila pakaikan pampers dari rumah.

Setakat ini sahaja perkongsian nia untuk kali ni. Have a nice day guys :)

1 comment:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.