>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU
NAK POST, HARAP MAAF <<
Assalamualaikum
semua :)
Kebiasaan
dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun untuk keluarga nia adalah berbuka puasa
diluar bersama – sama.
Selalunya
buka puasa sama – sama dekat RnR Awan Besar je. Menu wajibnya adalah Sate
Kajang Hj Samuri. Tapi kali ni nia ingat nak belanja semua makan berbuka puasa
dengan tempat lain pulak. Tukar selera orang kata.
Jadi
nia pun tanyalah pendapat kawan – kawan dekat socmed.
Dalam
banyak – banyak pilihan yang diberi, nia mengambil keputusan untuk merasai
pengalaman berbuka puasa dekat Restoran Golek – Golek Suasana Kampung. Sebab
nia tengok kebanyakkan review yang ditulis oleh pelanggan yang pernah makan kat
sana semuanya kata sedap dan pengalaman dia orang semua menyenangkan.
So
why not try something new this year?
Nia
dah siap – siap booking menu berbuka puasa dengan pihak restoran sehari
sebelum tu dan kita orang gerak daripada rumah awal sikit esoknya sebab takut
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dua kali jugaklah pusing – pusing
kawasan tu sebab tak jumpa jalan masuk.
Itu
satu masalah.
Masalah
keduanya, jalan naik ke restoran. Bukit dia curam gilaaaa. Sepanjang perjalanan
naik bukit tu, nia selawat dan istighfar tak berhenti. Takut sangat kalau tayar
tiba – tiba licin lepas tu tergelungsur ke bawah sebab masa tu hujan.
Astaghfirullah
al Azim.
Nasib
baik elok je kita orang sampai ke atas tu, Alhamdulillah.
Sampai
je kat restoran tu, nia terus bagitahu nama dekat pekerja yang jaga kaunter dan
dia bawak kita orang ke meja. Dalam hati memang dah girang semacam sebab tengok
keadaan sekeliling dia cantik, tempat pun bersih. Lepas tu nampak pulak pangkin
tempat yang selalu pelanggan dia orang buat celebration apa semua.
Waahhh,
ingatkan tempat kita orang pun cantiklah.
Sekali
dia bawaknya kita orang jauh nun ke belakang. Dan hati nia pun jatuh
terjelepuk.
Teruknya
tempat ni.
Penuh
dengan habuk jalan.
Pemandangan
tak cantik.
Ada
bau yang tak sedap hidu.
Tempat
duduk rapat – rapat.
Meja
goyang – goyang.
Erghhhhh,
tak selesa sangat!
Tapi
nia masih lagi maniskan muka dan ambil gambar untuk dijadikan kenang –
kenangan.
Kemudian,
makanan kita orang pun sampai.
Teka
apa nia nak tulis?
.
..
…
….
…..
……
…….
……..
………
Makanan
dia sejuk gila.
Macam
dah lama masak.
Kali
kedua hati nia jatuh terjelepuk.
Masa
pekerja dia hantar makanan tu, abah tanya kurma tak ada ke?
Dengan
muka tak berperasaan dan langsung tak memberikan senyuman dia jawab, kurma kena
ambil sendiri. Lepas tu dia terus angkat kaki dan jalan.
Eh?
Eh
eh?
EH
EH EH?
Macam
tu cara layan pelanggan?
Abah
pun nia tengok dah mula nak meletus amarahnya, jadi nia cepat – cepat bangun
untuk ambilkan kurma. Dua tiga orang pekerja jugaklah nia tanya dimana
kedudukan kurma sebelum nia jumpa.
Tak
boleh ke dia orang bagi sekali kurma ni masa hantarkan makanan ke meja – meja
pelanggan?
Takkan
tak tahu kurma ni merupakan salah satu makanan wajib ketika berbuka puasa?
Kali
ketiga hati nia jatuh terjelepuk.
Semasa
menunggu waktu berbuka puasa, ada pelanggan lain yang duduk di meja belakang
kita orang minta surat khabar ataupun apa – apa sahaja yang boleh digunakan
bagi menghalau lalat.
Sebab
sejujurnya, lalat memang banyak kat tempat tu. Lauk pulak dia orang hantarkan
ke meja bukan main awal lagi.
Pekerja
dia balas dengan muka ketat, kat sini dah lama takde surat khabar. Lepas tu dia
berlalu pergi.
Pelanggan
yang tanya tadi pun jadi terkedu bila diberikan layanan macam tu.
Kali
keempat hati nia jatuh terjelepuk.
Sebaik
sahaja azan Maghrib berkumandang, kita orang pun menadah tangan untuk baca doa
berbuka puasa serta doa sebelum makan sebelum menjamu selera. Ikhlas nia
katakan, lauk pauknya tidak sesedap mana. Sedap lagi lauk pauk yang dijual
dekat gerai – gerai tepi jalan.
Tapi
nia malas nak komen panjang – panjang pasal makanan sebab lain tekak lain
citarasanya.
Habis
makan, kita orang sekeluarga pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu
maghrib. Terkejut nia melihatkan keadaan suraunya yang sangat kotor dan daif.
Tempat makan bukan main cantik, mewah dan merelap merelip tapi tempat
beribadahnya kotor pula.
Itu
satu masalah.
Masalah
kedua, penghadang.
Tempat
mengambil wudhu antara lelaki dan perempuan sebelah menyebelah tapi
penghadangnya rendah sahaja. Siap boleh intai dari atas lagi. Habis aurat
pelanggan perempuan tidak berjaga.
Kali
kelima hati nia jatuh terjelepuk.
Usai
solat, nia bergerak ke kaunter pembayaran untuk melunaskan bayaran dengan tekad
untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke tempat ini.
Serik
dah dengan pengalaman kali ni.
Sekian,
Saya
yang melaporkan dengan jujur dan ikhlas.
Tarikh
kejadian: 27 Mei 2018
Alamat tempat kejadian: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak , 68100 Selangor, Malaysia
Sumber
gambar: google.com
Aduihh mesti frust kan nia, mkn kt situ .. apa pun rindunya nk mkn kt rnr awan besar sate hj samuri tu. Tpt lepak akak juga 15y yg lps...sedap masih sama kah
ReplyDeleteFrust menonggeng kak, hahahahahaha.
Delete